Search This Blog

30 November 2012

Cerita Moral 2


Satu Hari Satu Cerita 



Pada suatu hari, arnab keluar bersiar-siar. Arnab ternampak kura-kura. Kura-kura sedang merangkak perlahan-lahan.

"Ha! Ha! Ha!" arnab ketawa.
"Kura-kura berjalan sangat perlahan," kata arnab dalam hatinya.

Arnab segera pergi berjumpa kura-kura.

"Wahai kura-kura, mahukah engkau berlumba lari denganku?" arnab bertanya.

 "Ya, baiklah! Aku bersetuju," jawab kura-kura.

 "Satu, dua, tiga!" arnab membilang.

Perlumbaan pun bermula.
Arnab berlari kencang. Kura-kura merangkak perlahan.

Di pertengahan jalan, arnab berehat di bawah sebatang pokok. Kemudian, arnab tertidur.

Kura-kura terus merangkak. Akhirnya, kura-kura sampai di garisan penamat.

Arnab terjaga daripada tidurnya. Arnab terus berlari kencang. Tetapi kura-kura sudah berada di garisan penamat.

Arnab kalah dalam perlumbaan itu. Arnab berasa malu.


NILAI MURNI
Jangan sekali-kali memandang rendah terhadap orang yang lemah atau miskin. Setiap orang mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing. 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perkongsian yang menarik..tahniah..teruskan usaha anda