Search This Blog

09 Disember 2012

cerita moral 11


Satu Hari Satu Cerita



SEBERKAS LIDI

 Di hujung kampung ada seorang petani tua. Dia tinggal bersama-sama dengan isterinya yang sudah uzur. Mereka ada lima orang anak lelaki.

      Anak-anak lelaki mereka sudah besar tetapi mereka malas bekerja. Mereka mahu makan sahaja. Petani bersedih mengenangkan tabiat buruk anak-anaknya dan mencari jalan untuk menyedarkan mereka.

Pada suatu petang, petani itu memberi sebatang lidi kepada setiap orang anaknya. Dia menyuruh anak-anaknya mematahkan lidi itu. Semua anak-anaknya dapat mematahkan lidi itu.

      Kemudian, petani itu mengambil pula seberkas lidi. Dia berikan kepada tiap-tiap orang anaknya. Dia menyuruh anaknya mematahkan lidi itu.

Mereka tidak dapat mematahkan seberkas lidi itu.

      "Kamu ibarat sebatang lidi. Senang sahaja dipatahkan," kata petani itu.

      "Kalau kamu bermuafakat seperti lidi seberkas, kamu tidak akan dikalahkan oleh orang lain," nasihat petani itu lagi.
Anak-anaknya berbaik-baik semula. Mereka bermuafakat menolong ibu bapa mereka. Mereka membuat kerja bersama-sama.

      Ternakan mereka semakin banyak. Ladang mereka subur. Petani itu sangat gembira kerana anak-anaknya sudah saling bekerjasama.

Tiada ulasan: