Satu Hari Satu Cerita
Ayah,anak
dan seekor unta
Selepas melintasi sekumpulan orang kampung,
terdengar seorang berkata, "Eh, tengok kedua-dua orang itu! Betapa bodohnya
mereka, ada unta tetapi kedua-duanya berjalan."
Mereka terfikir benar juga kata orang itu.
Lalu ayahnya berkata, "Hai anakku, kautunggangi unta ini sambil menuju ke
pasar!" Lalu anaknya mengikut perintah.
Beberapa ketika, sampailah mereka di sebuah
kampung. Terdengar oleh mereka suatu percakapan, "Tengok di sana itu.
Zalim sungguh anak itu, membiarkan bapanya berjalan, sedangkan dia
sedap-sedap sahaja menunggang unta."
Mendengar kata-kata itu, maka anaknya pun
memberitahu, "Hai ayahku, naiklah ke belakang unta! Biar anakanda yang
berjalan pula."
Ketika melintasi suatu tempat, mereka
mendengar ada orang berkata, "Alangkah zalimnya orang tua itu! Dia
menunggang unta, sedangkan anaknya pula dibiarkannya berjalan kaki."
Lalu mereka berdua pun berjalan kaki.
Mereka sampai pula di sebuah kampung,
melintasi kawasan orang ramai. Lalu, terdengar suara, "Alangkah bodohnya
orang itu! Ada unta berjalan kaki pula, sedangkan unta untuk ditunggangi."
Mendengar kata-kata itu, kedua-dua mereka
berfikir, memang ada betulnya.
Maka berkata ayah kepada anaknya,
"Silalah naik ke belakang unta! Mudah-mudahan kita berdua tidak dikatakan
bodoh oleh orang-orang yang melihat."
Mereka sedar, semua yang mereka lakukan hari
itu hanyalah kerana ingin memuaskan kata-kata orang. Apa sahaja yang mereka
lakukan, semuanya tidak kena mengikut pandangan orang.
Berkatalah si ayah itu kepada anaknya,
"Mulai saat ini, kita jangan mendengar kata-kata orang. Lakukan sesuatu
yang kita fikir benar dan berbuatlah sesuatu mengikut apa yang kita fikirkan
benar."
NILAI
MURNI
Sememangnya begitulah
yang sepatutnya kita bertindak. Kita tidak perlu berbuat sesuatu kerana hanya
ingin memuaskan kehendak orang lain. Kita hanya perlu mendengar nasihat orang
yang tahu masalah kita. Jangan sesekali bertindak kerana ingin memuaskan hati
orang lain.
Oleh itu, berhati-hatilah mendengar kata-kata
orang. Tidak semuanya benar dan baik untuk kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan