A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )
A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan
oleh
pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu
dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3.Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada
sebagai
awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil,
mendermakan,
membacakan,
menduduki, mempersilakan.
1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti
disertai oleh objek, iaitu kata
nama.
Contohnya:
Atan mendengar radio.
mendengar ialah kata kerjatransitif
radio ialah objek (kata nama)
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:
Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.
Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat
atau penyambut.
(a) Pak Abu menjala ikan.
(b) Orang ramai
diminta menjauhi kawasan itu.
(c) "Kita tidak harus
membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua
kampung.
(d) Jangan suka memperdaya orang
yang bodoh.
(e) Untuk memperbaiki mutu
lakon­an anda perlu selalu berlatih.
(f) Pihak polls mempertemukan
ibu itu dengan anaknya.
Subjek ( pembuat )
|
Kata kerja transitif
|
penyambut ( Objek )
|
Dia suka
|
membaca
|
buku
|
Jamilah
|
memukul
|
seekor ular
|
Abidin
|
menjual
|
kuih-muih
|
Ramli
|
berjalan
|
ke sekolah
|
Kereta itu
|
melanggar
|
seekor lembu
|
Subjek ( pembuat )
|
Kata kerja tak Transitif
|
keterangan
|
Kami
|
mandi
|
di tasek itu.
|
Dia
|
senyum
|
semasa berjalan
|
Saya
|
menyanyi
|
dengan kuat
|
Hassan
|
berjalan
|
ke sekolah
|
B. Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang
dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak
kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
Contohnya ::
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.
Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.
Kata Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang
dapat berdiri sendiri dalam ayat,
Yakni tidak memerlukan objek lagi.
2. Kata kerja tak
transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan
ber,
men, ter, ber... an, dan ber...kan.
Contohnya:
(a) Ravi belum datang lagi.
(b) Muridmurid sedang belajar.
(c) Sungai itu mengalir deras.
Peringatan
Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata
kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’ di hujungnya.
Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.
Kata Kerja Pasif
1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal
daripada kata kerja transitif
tetapi
yang
tidak berawalan men.
Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari,
persilakan, dan sebagainya.
2. Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja
pasif
diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga
3. Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.
Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4. Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.
Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
5. Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.
Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan
4 ulasan:
terima kasih kerana berkongsi nota.
Penerangan yang jelas.Terima Kaih.
Terima kasih kerana memberikan saya maklumat mengenai kata kerja!!!
Thank you very much ^^
Catat Ulasan