Search This Blog

Kata Sendi Nama

 

1.     Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama.

2.     Kata sendi bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.

3.     Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.

4.     Antara kata sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah seperti : di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk, dengan, dalam, dan sebagainya.

PENGGUNAAN KATA SENDI
KATA SENDI
PENGGUNAANNYA
AYAT CONTOH
di
· Digunakan untuk tempat.
· Dieja terpisah daripada kata
  nama atau frasa nama yang
  mengikutinya.
1. Pertandingan itu diadakan 
di Taiping.
2. Cikgu Nadia bekerja di 
sekolah itu.
ke
· Digunakan untuk tempat,
  masa dan benda konkrit
  tidak bernyawa.
· Dieja terpisah daripada kata
  nama atau frasa nama yang
  mengikutinya.
· Tidak boleh digunakan di
  hadapan kata nama atau
  frasa nama yang merujuk   
  manusia atau binatang.
1. Mereka akan ke Ipoh esok.
2. Din menunggu Siha dari pagi
hingga ke   petang.
3. Pinggan itu
dihempaskannya 
ke lantai.
4. Cik Bedah ke surau.
dari
· Digunakan untuk tempat, arah
  atau masa.
1. Bola itu ditendang dari
penjuru padang.
2. Kami menunggu dari pukul
8.00 pagi.
3. Ely datang dari Kelantan.
daripada
· Digunakan untuk orang,
  perbandingan, asal
  kejadian, benda abstrak,  
  pertentangan, dan untuk
  menunjukkan keanggotaan.
1. Surat itu saya terima 
    Daripada Yati.
2. Pensel ini lebih panjang 
daripada pensel itu.
3. Ukiran itu diperbuat daripada 
perak.
4. Kami memperoleh manfaat 
daripadanya.
5. Yang dikatakannya berbeza 
daripada     yang diamalkan.
6. Kumpulan perompak senjata
api itu terdiri  daripada
 enam belas orang anggota.
Kepada/ akan/terhadap
Digunakan selepas kata  adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap
1. Devi suka akan rambutan.
2. Hanim amat sayang akan/
kepada ibunya.
3. Kita mesti hormat akan/
kepada/terhadap ibu bapa.


KATA SENDI
PENGGUNAANNYA
AYAT CONTOH
bagi/untuk
· Digunakan untuk
  Menentukan sesuatu 
  yang dibezakan
  daripada yang lain.
1. Derma untuk / bagi mangsa
    banjir  sedang     dipungut.
2. Hadiah ini untukmu.
pada
· Digunakan untuk masa,
  manusia, binatang,  
  benda abstrak, dan 
  benda konkrit tertentu.
1. Peah tiba pada pukul lapan
malam.
2. Tiket bas itu ada pada Hanim.
3. Pada pendapat saya, cerita itu
benar.
demi
· Digunakan dihadapan   
  kata nama atau frasa
  nama yang membawa  
  maksud tujuan
1.Rakyat Malaysia mesti
    bersatu demi   kesejahteraan
negara.
2. Demi kepentingan bersama,
marilah kita   berdamai.
 tentang
· Digunakan untuk
  menyatakan makna
  berkenaan dengan
1.Menteri-menteri itu berbincang 
    tentang   masalah negara.
seperti/
umpama/
laksanabagai
· Digunakan untuk  
  membawa maksud
  perbandingan atau
  makna persamaan
  dengan yang lain.
1.Pemuda itu berlagak seperti/
    Umpama / laksana / bagai  
orang berada.
2. Suaranya merdu  seperti/
umpama/ laksana/bagai  buluh
perindu.
dengan
· Digunakan untuk
  Menyatakan maksud  
  bersama- sama atau serta
  bandingan setara,
  keterangan cara, dan 
  penggunaan   sesuatu
  sebagai   alat.
1.Izzat bermain dengan Hazwan.
2
. Hasilnya tidak setimpal dengan 
    usahanya.
3. Nani belajar dengan tekun.
4. Nora menulis dengan pensel.
sejak/semenjak
· Digunakan untuk  
  membawa maksud 
  penanda waktu 
  atau masa.
1. Milah sentiasa gembira sejak/
Semenjak suaminya pulang dari
perantauan.
oleh
· Digunakan
  selepas kata kerja
  pasif yang
  berawalan di-dan 
  ter-
1. Kuih ini dibuat oleh Nadiah.
2. Anggota kumpulan itu  
    terpengaruh oleh kata-kata
    ketua mereka.
hingga/
sampai
· Digunakan untuk
  menyatakan had  
  masa, waktu atau
  tempat tertentu.
1. Anggota-anggota polis
    berkawal hingga / sampai  
larut malam.
2. Midah
belajar hingga/sampai 
peringkat   universiti.
dalam/
antara
- Digunakan untuk
  menyatakan  pengertian 
  tempat yang tidak
  mempunyai ruang atau
  jarak.
1. Dalam hal ini, kita semua
setuju.
2. Mereka berbincang antara 
adik- beradik

Tiada ulasan: